Monday, March 16, 2009

Begitulah kita

Musim demi musim
Helai daun hijau
mula menguning
dan gugur ke bumi
satu demi satu

Musim demi musim
pucuk berputik kembali
daun menghijau semula
satu demi satu
membina pohon

begitulah kita
musim demi musim
tiba masanya kan pergi
satu demi satu
tak kan pulang lagi

yang baru
mengisi ruang
yang ditinggalkan
satu demi satu

FakirFikir
16 mac 2009

2 comments:

  1. woi dah dah lahb ersajak. kau tak tau nak komen ape lagi dah ni.!
    muahahhahah

    ReplyDelete
  2. Tak apa. Aku buat sajak ini pun hanya untuk seorang peminat setia aku. Orang itu hanya hang!!

    ReplyDelete