Saturday, March 14, 2009

Dialog Tuah dan Jebat

kata Tuah:
aku membunuh Jebat,
bukan kerana derhakanya,
Jebat aku bunuh,
kerana taatku.

kata Jebat:
aku bertikaman dengan Tuah,
bukan kerana marahku,
aku hanya inginkan
sebuah kebenaran.

jika Tuah dan Jebat kembali,
tentu mereka berkata:
Pulanglah bangsaku,
cukuplah biar hanya kami bersengketa.

taat dan kebenaran,
hanyalah dongeng,
tidak ada makna,
kalau Melayu hilang di dunia.

FakirFikir
14 Mac 2009

3 comments:

  1. 1.lebih sesuai jika saudara memasukkan perkataan "dondang sayang" di anatara rangkap2 pantun tersebut.
    2. Woi, kalau aku nak mintak kau post sajak aku bole dak kat sini? Takkan aku nak bukak blog no empat plak! Bini empat tak pe la!

    ReplyDelete
  2. Sajak hang aku tak mau. Kecuali kalau hang sanggup bagi aku makan free kat kedai bagi setiap post

    ReplyDelete
  3. Cilakak kau. Mintak rasuah plak. Berape no tepon SPRM hah?

    ReplyDelete