Saturday, March 14, 2009

Ini bangsa apa bahasanya?



Kadang-kadang menjadi Melayu itu,
seakannya keliru,
kadang-kadang celaru,

matanya tidak biru,
kulitnya tetap kelabu,
dia marah orang menghina bangsanya,
tetapi diam sedang bahasanya,
diperlaku seolah tidak laku.

Yang sinis memperlekeh bahasa itu,
bukan orang asing dari tanah seberang,
Yang sinis memperlekeh bahasa itu,
sebangsa denganku dilahir di tepi bendang.

Tidak mengapalah bahasa kita kian melayu,
Jangan bising-bising diam sudahlah,
Kita kini di abad baru,
Mengapa sibuk sangat dengan bahasa?

Di atas bumi bersorak gempita,
nama Melayu tercoret di bulan,
ada Melayu menakluk Antartika,
keliling lautan juga kita ada,
Melayu itu hebat orangnya,
Masyur namanya tercatat di mana-mana.

Seratus tahun lagi orang bertanya,
Melayu itu apakah bendanya,
dinosaur yang mati tulangnya ada,
ini bangsa apa bahasanya?

FakirFikir,
13 Mac 2009

2 comments:

  1. pergh~

    lagi pedas daripada ayam masak merah kedai azam yang tertumpah cili serbuk di atasnya.

    ReplyDelete