Tuesday, December 22, 2009

Mengejar pelangi petang

Di masa lalu,
sambil berlari mengejar warna pelangi,
dalam hujan petang yang tak mahu berhenti,
kita berkongsi luka dan sakit hati,
berceritalah kita tentang mimpi tak menjadi,
sesekali kita menangis kecewa,
ada waktunya kita ketawa,
kerana kita masih terlalu muda,
untuk mengalah oleh takdir masa.

Kini,
walau pelangi itu tetap bersinar riang,
kita tak akan mengejarnya lagi,
kerana cerita kita sudah lama disimpan,
tertutup rapat dalam diari kenangan,
luka, sakit hati,
mimpi tak menjadi,
menangis dan ketawa,
adalah rahsia cerita kita,
yang sedang dimamah waktu.

Setiap kali melihat mereka berlari,
mengejar pelangi tatkala hujan,
itulah kita di masa silam.