Thursday, May 13, 2010

Surat untuk Luqman Hakiem

anakku,

keadilan dan kezaliman itu

dua hal yang berbeza
berdiri serentak
di atas garis yang sama

tidak memberikan keadilan
adalah kezaliman
menolak kezaliman
adalah keadilan

tergelincir engkau
atas salah satunya
menjadikan engkau
insan mulia yang adil
atau
binatang hina yang zalim

anakku
sebab itu aku namakanmu
Luqman Hakiem
semoga engkau menjadi bijaksana
membezakannya.


Adelaide 14 May 2010

No comments:

Post a Comment