Wednesday, November 10, 2010

apalah maknanya

apalah maknanya
sebuah kejayaan
hanya sekali diraikan
kemudiannya dilupakan.

adalah terlebih indah
mengimbau pahitnya kecewa
mengekori kita sepanjang hayat
tanpa sesaat pun dilupakan.

Saturday, November 6, 2010

kalau aku boleh

kalau aku boleh memilih
aku pasti memilih
untuk tidak terpilih

aku bukan ikan
yang hanya dipilih
ketika mataku masih bugar
tubuhku masih segar
dibuang tatkala bau membusuk
menjadi bangkai
dilahap anjing liar di jalanan

jangan kau pilih aku
aku manusia biasa
sepertimu dirimu jua

kalau kau mahu
terimalah aku seadanya
agar kau tidak membuang aku
di kemudian hari