Friday, February 25, 2011

aku sekadar bertanya

tuan-tuan dan puan-puan,
datuk seri, dato' dan datin sri,
tan sri,
tun,
yang berhormat,
yang berbahagia,
dan orang kenamaan,

apakah aku ini manusia yang lain
kerana tidak ada gelar semua itu
di depan namaku?

tuan-tuan dan puan-puan,
datuk seri, dato' dan datin sri,
tan sri,
tun,
yang berhormat,
yang berbahagia,
dan orang kenamaan,

maafkan aku
sekadar bertanya

1 comment:

  1. Tak ada bezanya. Cuma pangkat di dunia. Bila maut menjemput pasti juga ditanam dlm tanah bukan di hotel2 5 bintang atau di Pent House / rumah yg harga juta2.....Biasa aje....

    ReplyDelete