Sunday, April 10, 2011

itu naik dan ini naik

Kata kawan
harga barang semuanya naik
tol dipasang di setiap lorong
kerja semakin hari semakin menaik
itu naik dan ini naik
untuk meminang anak dara pun kosnya naik
itu naik dan ini naik
harga roti canai dan teh tarik juga naik
cuma gaji tidak mahu naik

itu naik dan ini naik
naiknya seiring dengan umur
cuma tatkala mati sahaja
badan kita diturun dalam kubur
dan tidak naik lagi

itu naik dan ini naik
hidup hanya beruntung kalau iman naik

1 comment:

  1. Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa dapat menaikan iman kami dan seterusnya umat Islam semua dapat sentiasa menaik-tinggikan syair agama Islam yang mulia dimana-mana sahaja.

    ReplyDelete